31 pakar kongsi ‘ilmu budak’

dr-zahilah-jason-gan

DoktorBudak.com co-founder Dr Zahilah Zulkifli (left) and Tribeup CEO Jason Gan

Pada siapa anda mendapatkan ilmu mengenai keibubapaan dan penjagaan anak? Ramai mendedahkan selain bertemu doktor, ibu bapa muda kini mendapatkan nasihat pakar dan orang yang lebih tua selain melayari Internet untuk mendapatkan ilmu pengetahuan mengenai kesihatan kanak-kanak.

Menyedari pentingnya maklumat berguna dan tepat yang disalurkan kepada ibu bapa, laman sesawang DoktorBudak.com (www.doktorbudak.com) diwujudkan sejak lebih setahun lalu membincangkan isu keluarga dan anak-anak dengan menjawab lebih 20 soalan setiap minggu beserta artikel menarik.

Pada tiga minggu pertama, laman web itu menerima 50,000 lawatan dan mengumpul 2,000 peminat menerusi Facebook serta 675 pengikut Twitter dan sebulan selepas itu peminat di Facebook mencecah 13,000 pengikut.

Selain artikel mengenai isu kesihatan kanak-kanak, laman ini juga menjadi medium untuk mengajar mengenai penjagaan kanak-kanak serta membekalkan ilmu untuk menjawab ketidakpastian dan salah faham selain membantu ibu bapa membuat keputusan mengenai kesihatan anak mereka.

Dr Zahilah Zulkifli dan Dr Foo memulakan laman ini di bawah Persatuan Advokasi Kesihatan Kanak-kanak Malaysia dan sehingga kini berjaya mengumpul 31 pakar kanak-kanak yang bersama-sama membantu dalam memperkayakan doktorbudak.com.

“Pada peringkat awal pembinaan laman ini, kami bergantung kepada kemudahan percuma Internet sedia ada dan pengetahuan reka bentuk web kami yang terhad. Bagi memastikan laman ini kekal dan mudah diakses oleh pembaca, peningkatan yang berterusan amat diperlukan. Kami merasa bernasib baik kerana adanya penaja yang membolehkan kami menaikkan taraf laman web ini,” katanya.

Ini kerana penyelenggaraan sebuah laman web yang popular dan berkembang pesat seperti doktorbudak.com bukanlah percuma. Pada bulan ini, doktorbudak.com akan menjalankan kempen penjanaan dana dengan bantuan Printit-satu aplikasi mudah alih yang membolehkan anda mencetak foto melalui telefon pintar. Kempen ini akan berterusan selama enam minggu.

Matlamat kempen ini adalah untuk menjanakan dana sebanyak RM10,000 untuk membiayai kos termasuk web hosting, penyelenggaraan dan naik taraf yang berterusan dan sistem serta pemasaran untuk memperkenalkan laman ini kepada lebih ramai ibu bapa agar dapat membantu menyelesaikan pelbagai permasalahan keibubapaan.

Apa yang boleh dilakukan adalah memuat turun aplikasi Printit secara percuma ke dalam telefon pintar. Selepas itu anda boleh mula menghasilkan poskad dengan gambar sendiri terus daripada telefon pintar.

Bayangkan kegembiraan orang tersayang apabila menerima poskad anda. Mereka juga boleh membuat dekorasi dalam rumah sama ada di dinding, peti sejuk atau mana-mana saja.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Tribeup, Jason Gan, Printit menghasilkan rekaan pakej poskad DoktorBudak edisi terhad untuk kempen ini. 100 peratus keuntungan daripada penjualan poskad akan disalurkan kepada dana penyelenggaraan laman web berkenaan.

Selain menyokong kempen ini, pelanggan yang membeli poskad DoktorBudak juga berpeluang menjadi pemenang mingguan Happiest Photo dengan menerima Kalendar 2015 dari Printit yang dihasilkan daripada foto anda.

“Kami percaya dan menyokong terhadap khidmat dan dedikasi yang disalurkan oleh pakar di doktorbudak.com. Ini kali pertama Printit membantu dalam penjanaan dana dan berharap dapat menjadikannya sebagai aktiviti tahunan,” tambah Gan.

Kempen ini akan berjalan sehingga akhir Disember. Muat turun Printit untuk membuat pesanan sekarang. Maklumat lebih lanjut boleh melayari www.doktorbudak.com atau www.printit.my.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Disember 2014 @ 5:02 AM
– See more at: http://www.hmetro.com.my/node/14951#sthash.rtQUTc92.dpuf

Pin It
Posted in Press.